Thursday, October 20, 2011

PERBEZAAN YAHOO MAIL DAN YAHOO GROUP..

Assalamualaikum...

DR,

Pada pendapat saya, terdapat beberapa perbezaan antara yahoo mail dan yahoo
group.Apabila menggunakan yahoo mail kita menghantar mesej tersebut secara
automatik ia akan dihantar kepada penerima tersebut secara individu ataupun
rawak mengikut pilihan kita sendiri.Ini berbeza dengan yahoo group. Apabila kita
menghantar mesej, semua ahli kumpulan akan menerima mesej kita .Selain itu yahoo
mail adalah bersifat peribadi (private).Hanya pemilik akaun sahaja yang boleh
membaca email-email yang telah dihantar. Berbeza dengan yahoo group yang
bersifat terbuka.

Dalam yahoo group boleh diletakkan gambar untuk memudahkan kita melihat
identiti individu yang menghantar mesej kepada kita.Hal ini berbeza pula dengan
yahoo mail.Yahoo mail berfungsi untuk menghantar mesej,menerima mesej dan
sebagainya.Yahoo group lebih sesuai untuk tujuan perbincangan ataupun diskusi
berbanding yahoo mail.



No comments:

Post a Comment