Saturday, November 26, 2011

sambungan multimedia in education ~ 21 november 2011

           bismillahirahmanirahim ........

dan

Assalamualaikum....

hari ini sudah 21 november...cepatnya masa berlalu....tinggal lagi 5 minggu untuk proses belajar dan siapkan assignment...seminggu untuk study week...maknanya lagi 4 minggu je nak siapkan semua kerja2 yang di beri pensyarah...seminggu dua ni saya sangat sibuk untuk menyiapkan semua assignment dan tesis...semoga diberi kesihatan selalu untuk menyiapkan semua tugasan dalam masa yang diberi....insyaAllah...


minggu ini kami meneruskan pembelajaran minggu lepas....ianya adalah mengenai software mengedit gambar 2D dan juga mengenai Desktop Publishing Software...hari ini kami belajar tentang Open Office, GIMP, Microsoft Word Publisher dan Microsoft Word iaitu bagaimana untuk membuat brochure..

fungsi open office kebanyakannya adalah sama dengan microsoft office, walaubagaimanapun fungsi microsoft word lebih banyak berbanding open office..open office boleh di download secara percuma di laman web open office.. sementara microsoft office perlu dibayar...selain itu juga saiz open office jauh lebih kecil berbanding microsoft office iaitu kira-kira 150 MB...

sementara GIMP ialah seakan-akan Photoshop...untuk menggunakan software tersebut kita perlu mendownloadnya terlebih dahulu di sini secara percuma..kita boleh mengubah gambar samada untuk ubah warna, edit, tukar size dia, dan macam2 lagi..kita juga boleh buat bentuk animasi samada GIF atau MPEG....

sekian sahaja untuk minggu ini...selamat menyambut tahun baru hijrah...1433H 
=)



Sunday, November 13, 2011

MINGGU 8 14/11/2011~ Multimedia in Education

Bismillahirrahmanirrahim....

Bersua lagi kita selepas seminggu bercuti hari raya aidil adha dan cuti pertengahan semester...refleksi untuk minggu ini....kembali ke UKM dengan semangat dan impian yang baru....

Pada minggu ini kami diajar untuk membuat power point, paint (melukis), dan melukis di google sketch..untuk membuat power point bagi saya tiada masalah. Bukanlah kerana riak tetapi ini adalah kerana semua subjek di UKM kebanyakannya meWAJIBkan kami menyediakan power point untuk pembentangan...sedikit sebanyak sudah terbiasa dengannya...

Kami diajar bagaimana untuk membezakan antara gambar BITMAP dan VECTOR secara keseluruhan...
Kualiti gambar vector lebih cantik daripada bitmap..

ini adalah contoh perbezaan gmbar antara keduanya :::



 nampak tak perbezaan dia? vector lebih jelaskan? bitmap agak kabur...

Selepas mengenali gambar kami perlu melukis gambar samada JPEG, WMF, BMP dan sebagainya di Microsoft Paint.. caranya sangat mudah anda perlu ke menu ALL PROGRAM >< ACCESORIES >< PAINT..Seterusnya kami diajar melukis di google sketch...cara melukisnya adalah hampir sama sahaja....




manakala ini pula menggunakan shape powerpoint



sekian sahaja untuk minggu ini..Terima Kasih.


Sunday, October 30, 2011

CLMS - NOURHANAN DAN NORANA

Bismillahirrahmanirahim dan Assalamualikum.......



Kerja berpasangan tentang Course/ Learning Management System bersama Norana Maarop:::


What is CLMS?


CLMS is a software application. It is use for administration, documentation, tracking, reporting of training program, classroom and online events, e-learning program and training content. It is range from system for educational records and managing training, to distributing courses over the internet with features for online collaboration. The dimensions to Learning Management Systems are student self-service, training workflow, the provision of online learning , online assessment, management of continous professional educational (CPE) , collaborative learning and training resource management.

When we need CLMS?

We need CLMS in education. It is facilitate the students to send assignment. The educators also can use it to give tasks to their students. The instructors are allow to manage their courses and exchange information with students using CLMS. For example, in universities, the lecturers will use CLMS to handling assessment and testing to students.

Who use CLMS?

Students and educators use CLMS. The students can send their assignment to the lecture using CLMS. Teachers and lecturers can create content , deploy training and effectively measure results using CLMS. They should spending time developing ,deploying and engaging their student in actual learning programmes.

Where CLMS is used?

We use CLMS in schools and universities. This is because it will facilitate students and lecturers to do their work. Student will use CLMS to send the assignment while the lecturers use it to give task to their students ,manage assessment the student progress.

Why we use CLMS?

We use CLMS because it facilitate student to download and upload files. Student also can take part in discussion board, as well as take assessment. They are able to view grades as well as contact the teacher or lecturer and classmates. Using this system, it will give opportunity to the educators to promote classroom activities and course expectations. They can cooperate with others at grade level or by subject in the design of learning object to post on the system.

Course/ Learning Management System (CLMS)

Bismillahirrahmanirrahim dan asalamualaikum.....Apa khabar semua? diharapkan semuanya baik2 saja...


Beberapa minggu lepas kami diarahkan membuat kerja kursus bertajuk SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN @ in english C/LMS seperti yng diarahkan didalam proforma...untuk kerja kursus ini kami perlu membuatnya bersama pasangan masing-masing..saya melakukan tugasan yang diberi bersama Norana Maarop. Pelajar program Tesl. Ini adalah berdasarkan THINK, PAIR, SHARE...

        Pada mulanya saya lansung tidak mengetahui apa itu CLMS...saya di beritahu ianya mcm SPIN...sapa yang belajar di ukm tahulah apa itu spin...ianya boleh dikatakan sebuah software untuk memudahkan pensyarah dan pelajar mendapatkan maklumat tentang sesebuah pelajaran ataupun arahan. Pensyarah dan pelajar tidak perlu berjumpa.

        Pensyarah hanya perlu meng "upload" nota dan arahan manakala pelajar pula perlu men"download" nya

        Ianya akan memudahkan pelbagai pihak...namun begitu kesan pembelajaran secara bedepan(face to face) akan memberi kesan yang lebih mendalam kepada pelajar. Ini memang sudah diakui...untuk menyertainya kita perlu mempunyi rngkaian internet dan mendapatkan password..

        Di UKM pelajar perlu medaftarkan Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif di sini ...


Sekian sahaja untuk C/LMS...jumpa lagi...


Computer in Educational Research - online questionnaire


Bismillahirrahmanirahim......

Cepatnya masa berlalu.....tinggal lebih kurang 7minggu sahaja lagi untuk berada di semester satu sesi 2011/2012...refleksi untuk minggu ketujuh....mengikut proforma kami dikehendaki membuat soalan kaji selidik di SURVEY MONKEY...

Pertama kali mendengar dan membuka web untuk buat soalan kaji selidik kat web ni....rasa macam banyaknya benda yang tak tahu....tak pasti anda semua maklum atau tidak tentang hal ni....saya cerita serba sedikit...dekat url yg saya sediakan tu...nnt kita boleh buat soalan dan post kat situ...maksudnya responden kita akan menjawab dkt url tu...kita xpayah susah-susah nak print soalan2 pastu fotostat pastu cari plak responden....dengan survey monkey ni kita hnya taip soalan kat situ dan hanya menunggu responden menjawab soalan2 tersebut....sangat mudahkan? tapi untuk budak2 baru belajar ni kami hanya perlu menyediakan lebih kurang 10 soalan sahaja berkenaan tajuk berpasangan iaitu :::: I.N.F.O.R.M.A.T.I.O.N  L.I.T.E.R.A.C.Y

Saya tunjukkan langkah-langkahnya k....

1. Bila dah bukak url survey monkey ni kita kena sign up dulu dengan google mail masing-masing untuk daftar akaun..kalau yang dah ada akaun pulak anda hanya perlu sign in...masukkan username dan password..

2. Pastu isikan ruangan kosong create a new survey tajuk dan kategori..

3. Dah boleh buat soalannya...sebelum tu kena pilih dulu bentuk2 soalan yang nak dicipta samada bentuk aneka pilihan jawapan, satu jawapan, dan banyak lagi....semua tu atas kesesuaian jenis soalan-soalannya lah...

Kami dikehendaki membuat 10 soalan bersama pasangan iaitu Norana Maarop....




Kerja ini adalah kesinambungan daripada mini research survey monkey tu...saya dan pasangan sudah membuat soal selidik bertajuk Information Literacy secara online..seterusnya saya dan pasangan perlu membentuk soal selidik menggunakan Google Document via form....kami perlu menaip semula soal selidik kami berkenaan Information Literacy tu di google doc atau form tu...Soal selidik tersebut perlulah di print dan diedarkan kepada pelajar di kampus kita...responden tidak boleh kurang dari 10 orang.





selepas pengajaran ini saya dapat:



1) membentuk soal selidik secara online.



2) membentuk soal selidik menggunakan form di Google Doc.

Wednesday, October 26, 2011

GGGE1155 - MINGGU KEENAM (EDUCATIONAL RESEARCH REVIEW, LITERATURE REVIEW & PLAGIARISM)~ 24/10/2011






Bismillahirrahmanirrahim...


Sekarang sudah minggu keenam..ini bermakna minggu kedua saya di dalam kelas KDP...minggu ini saya telah belajar bagaimana nak buat link ke yahoo group.....DR. Norazah telah mengajar bagaimana untuk buat link ke yahoo group..satu lagi pengetahuan baru bila masuk kelas KDP...


Terdapat TIGA langkah Mula2 kita perlulah

1. Sign ni ke yahoo group..

2. Selepas itu perlu cari  tajuk yang bersesuaian dengan kehendak pensyarah..kami perlu mencari 3 tajuk yang berkenaan dengan educational research process, literature review dan plagiarism.



EDUCATIONAL RESEARCH PROCESS
Proses penyelidikan pendidikan ialah satu proses untuk mengetahui ada ataupun tidak hubungan antara konsep yang dijadikan bahan kajian dalam penyelidikan. hubungan antara konsep itu ditunjukkan dalam sebuah hubungan. Setiap konsep yang dikembangkan sebagai variable penyelidikan harus dapat menunjukkan beberapa indikator
empirik yang ada dilapangan konsep kemampuan mengajar guru, maka indikator empirik yang dapat diketahui adalah:


a)kemampuan penggunaan kaedah belajar guru didalam kelas.
b)penguasaan maeri belajar pada matapelajaran tertentu dikelas
c)kemampuan guru mengadakan asosiasi bebearapa matapelajaran tertentu dikelas.



LITERATURE REVIEW

::::: Literature review ataupun kajian kepustakaan ialah penelitian terhadap kajian terdahulu, sorotan keatas jurnal-jurnal, buku-buku, jurnal, laporan dan sebagainya. Kebiasaannya digunakan oleh penyelidik samada untuk melakukan sesuatu kajian atau membuat sesebuah laporan. Ianya adalah bertujuan untuk

(1) menjustifikasikan kepentingan soalan kajian
(2) membekalkan rasional bagi tujuan kajian dan soalan atau hipotesis kajian 

PLAGIARISM

Plagiarism ataupun plagiat adalah mudah difahami dengan mengambil hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan (perhargaan) kepada penulis asal. Masalah ini kian merebak di mana-mana sahaja, disebabkan pelbagai faktor, antaranya adalah dengan kemudahan memperolehi maklumat daripada kedai buku, perpustakaan dan kebanyakannya adalah melalui sumber Internet. Di UKM sendiri pensyarah selalu menegaskan plagiat dalam pelbagai bentuk sama sekali tidak dibenarkan di IPTA/S. Namun begitu ianya sangat terkenal dalam kalangan pelajar. Ini kerana ianya memudahkan kerja-kerja mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.



jom layanz gambar2 sekejap:::


1.maksud plagiat




  

2. say no to cut n paste





3. mak cik karton tengah copy edit n paste...




3.Buka folder yang telah disediakan oleh pensyarah dan terus "copy n paste" kan url dia...senangkan...ini lebih kepada perkongsian idea...opsss lupa nak bagitau...url antara sorang pelajar dengan pelajar yang lain TAK BOLEH SAMA...kita boleh baca yang kawan cari n kawan -kawan kita boleh baca yang kita link kan...sharing is caring...

            Selain itu juga kami telah diberi tugasan secara berpasangan tajuknya ialah INFORMATION LITERACY.... pasangan bertuah saya ialah NORANA MAAROP pelajar program TESL...kebetulan juga sama kolej...senang nak jumpa dan bekerjasama dengan Norana....kebanyakan kerja dalam KDP pula adalah secara berpasangan...

           Hari ahad lepas kami telah berbincang untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi..pada mulanya nak jumpa hari sabtu tapi Ana terlibat dengan KO-K plak...hari lain memang dah tak boleh jumpa...jadual masing2 bertembung...program pon dah lain...sorang tesl dan sorang pendidikan islam...walaupun sedikit susah nak jumpa tapi xjadi masalah...kami cuba sedaya upaya...InsyaAllah...

Alhamdulillah kerja berpasangan kami dah siap...masih menunggu keputusan daripada DR. Norazah....samada diterima ataupun tidak..






Thursday, October 20, 2011

PERBEZAAN YAHOO MAIL DAN YAHOO GROUP..

Assalamualaikum...

DR,

Pada pendapat saya, terdapat beberapa perbezaan antara yahoo mail dan yahoo
group.Apabila menggunakan yahoo mail kita menghantar mesej tersebut secara
automatik ia akan dihantar kepada penerima tersebut secara individu ataupun
rawak mengikut pilihan kita sendiri.Ini berbeza dengan yahoo group. Apabila kita
menghantar mesej, semua ahli kumpulan akan menerima mesej kita .Selain itu yahoo
mail adalah bersifat peribadi (private).Hanya pemilik akaun sahaja yang boleh
membaca email-email yang telah dihantar. Berbeza dengan yahoo group yang
bersifat terbuka.

Dalam yahoo group boleh diletakkan gambar untuk memudahkan kita melihat
identiti individu yang menghantar mesej kepada kita.Hal ini berbeza pula dengan
yahoo mail.Yahoo mail berfungsi untuk menghantar mesej,menerima mesej dan
sebagainya.Yahoo group lebih sesuai untuk tujuan perbincangan ataupun diskusi
berbanding yahoo mail.



Sunday, October 16, 2011

GGGE 2155 - MINGGU KELIMA~ 17/10/2011

Bismillahirrahmairrahim...dan Assalamualaikum.. Post pertama untuk semester ini...Rasa macam baru je memulakan semester 1, tapi sebenarnya korang tau tak kita dah berada di minggu kelima!! Assignment yang di beri pensyarah dah mula tersusun-susun elok....pada semester ni juga saya dah mula menulis tesis....lupa nak bagitau..sebenarnya saya dah brada pada tahun akhir, atas sebab-sebab kesihatan saya terpaksa menangguhkan pengajian pada semester 1 tahun 1..sekarang saya merupakan pelajar tahun 4 program pendidikan islam...

              Alhamdulillah dan setinggi ksyukuran saya panjatkan pada Allah kerana dapat mengambil semua kursus yang tertangguh pada semester lepas. Semester ini saya perlu menambah dua kursus yang masih tertangguh iaitu profesion perguruan dan komputer dalam pendidikan(KDP)...25 jam kredit lagi pada semester ini, sama macam semester-semester yang lepas....berbanding kawan-kawan lain 17 jam kredit...saya boleh!! i.Allah....

               Pada mulanya saya ingatkan saya dah tak boleh menghabiskan pengajian pada tahun ni...hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya apabila memikirkan perlu menambah tempoh pengajian setahun lagi..Pada minggu keempat pengajian barulah saya dapat kata putus selepas berjumpa timbalan dekan dan beliau menghubungi Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin iaitu penyelaras kursus komputer dalam pndidikan..atas jasa baik semua pensyarah saya di kehendaki berjumpa dengan Dr. Norazah.. pensyarah kursus KDP untuk program TESL..mereka belajar dalam bahasa inggeris...saya akan cuba....

              Hari pertama memasuki kelas KDP pada minggu kelima!!!...pelajar kelas s2k2 ada yang pndang-pndang..ada yang sibuk buat kerja..ada yng dok berbincang....mungkin dalam hati mereka...ehhh dia ni salah kelas ke...hhehehe..masuk rumah orang kenala bagi salam dulu...lepastu acara memperkenalkan diri... Rupanya ada sorang pelajar dok bagi taklimat kursus kt depan..Imran namanya....dia dok cakap2 pasal google doc..dalam hati...apa nii??? pastu tanya-tanya kawAn sebelah...barula tahu... Dah banyak tertinggal apa yang mereka dah belajar...pastu tanya2 kawan...

 kena buat emel rasmi::::::

1.Alamat emel yahoo,

2.yahoo group, 

3.fb,

4.fb group,

5.blog,

6.gmail..

memang menguji kesabaran...semua kena buat baru...dan hantar pada Dr. Siti Fatimah dan Dr. Norazah...itu sahaja buat minggu ini...