kebelakangan ini, penyakit mental semakin menjadi-jadi di kalangan masyrakat dunia.Banyak kisah tragis di media-media massa yang melibatkan pesakit mental. Mengikut kajian oleh kementerian kesihatan malaysia sebanyak 379,010 orang yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar psikitri di hospital-hospital kerajaan tidak termasuk yang mendapatkan rawatan di klinik-klinik dan hospital swasta. Baru-baru ini negara kita di kejutkan dengan berita yang menyayat hati seorang anak telah membunuh ayah, datuk, nenek dan adik kandung. Manakala di Terengganu pula kes seumpama itu turut berlaku, setelah di soal suspek mengatakan dia terdengar-dengar suara yang menyuruh dan mengarahkan agar melakukan sesuatu. Sakit mental boleh di bahagikan kepada dua iaitu psikosis dan neourosis.Psikosis adalah di sebabkan oleh seperti penyakit skizofrenia dan psikosis manik depress. manakala neurosis ialah seperti sedih, resah, dan tekanan. Secara keseluruhan penyakit mental melibatkan tiga faktor yang saling berkait;biologi, psikologi, dan sosial.Biologi adalah berpunca dari keturunan, kemalangan, dan strok. Psikologi adalah di sebabkan pesakit suka memendam perasaan.Manakala sosial pula adalah pengaruh dari tekanan hidup dan kawa-kawan. Di segi rawatan pula ianya boleh di bahagikan kepada dua iaitu ubatan dan dan bukan ubatan.Bukan ubatan adalah seperti psikoterapi, terapi tingkahlaku,teknik merehatkan minda, sokongan dari masyarakat sekeliling dan sebagainya.Penyakit mental juga lebih banyak menyerang kaum wanita berbanding kaum lelaki.Kesimpulannya pesakit mental memerlukan sokongan dari masyaratkat sekeliling terutamanya keluarga terdekat, ini adalah agar pesakit mental berasa di hargai dan tidak di pinggirkan.
Sumber ini di petik daripada:
http://htf.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=49
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=419249
No comments:
Post a Comment