Wednesday, April 28, 2010

kbkk

RINGKASAN ARTIKEL

Jurnal ini adalah satu kajian yang mencadangkan kreativiti guru sains dapat di pertingkatkan lagi seiring dengan perubahan paradigma dalam sistem pendidikan di negara kita. Ianya menggunakan kaedah tinjauan iaitu dengan menggunakan(Kajian Pemikiran Kreatif Torrance). Kajian ini terbatas untuk guru-guru sains sekolah menengah di kawasan Kuching, Samarahan sahaja. Menurut penulis, di harapkan agar kajian sebegini dapat di lakukan lagi di seluruh tempat untuk meningkatkan kreativiti guru sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah penting untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar. Selain itu juga, pemikiran kreatif dan kritis juga akan menarik minat pelajar untuk mengetahui tentang sesuatu topik yang di ajar dan mengelakkan mereka dari cepar merasa bosan. Pada zaman yang serba canggih sekarang, guru-guru perlu bijak menggunakan kreativiti masing-masing dan membuatkan pengajaran bersifat dua hala iaitu tidak hanya berpusatkan pada guru semata-mata.

Amalan kreativiti ialah keupayaan seorang guru mengubahsuai dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Amalan kreativiti dalam pengajaran sains seperti pada penggunaan alam semulajadi, penggunaan komputer, penggunaan minda, dan penggunaan eksperimen.Antara aspek kreativiti yang boleh di fokuskan ialah aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi, dan memberi pandangan yang mempunyai cirri-ciri kreatif selain daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asa semata-mata. Hasil kajian yang di jalankan menunjukkan guru perempuan mempunyai potensi kreatif yang sama dengan guru lelaki, ini menunjukkan tiada perbezaan jantina dalam amalan kreativiti guru sains. Selain itu juga, umur, tempoh perkhidmatan,pengkhususan, lokasi p&p seperti bilik darjah dan makmal juga tidak menentukan kreativiti seseorang guru sains.

PENDAHULUAN

Setelah di beri tugasan oleh pensyarah kelas tutorial Dr. Sharifah Nor binti Puteh saya mula membaca, memahami dan meneliti keseluruhan kehendak soalan yang terdapat di dalam panduan tugasan individu. Saya mula memikirkan apakah langkah dan rangka proses gerak kerja yang perlu saya lakukan bagi menyiapkan tugasan ini. Antara proses gerak kerja saya ini boleh di bahagikan kepada enam peringkat iaitu :

1) Mengenal pasti tugasan yang diberikan.

2) Mencari artikel.

3) Memilih artikel yang sesuai.

4) Membaca dan menganalisis artikel.

5) Menulis ringkasan artikel.

6) Menulis refleksi metakognisi sepanjang menyiapkan tugas.

PERMULAAN

Setelah mendapat tugasan dari pensyarah saya mula membaca, memahami, dan meneliti kehendak tugasan tersebut dengan mendalam.Saya mula berfikir secara ‘‘think aloud’’ dan menyusun sterategi. Selain itu juga saya bertanya pendapat rakan-rakan (opv-other peoples view) dan salin bertukar pendapat tentang beberapa perkara yang kurang di fahami agar dapat menyelesaikan tugasan yang di beri dengan jayanya.

Seterusnya saya mula mencari artikel jurnal yang di kehendaki di internet dengan menggunakan enjin pencarian seperti Yahoo! Google dan sebagainya berkaitan dengan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis. Seterusnya saya mencuba pula mencari di google scholar, terdapat beberapa artikel yang menarik minat saya,akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil artikel ini setelah bertanya pendapat rakan-rakan dan Dr. Sharifah sendiri. Pada mulanya saya teragak-agak untuk mengambil artikel ini tapi Dr. Syarifah menyatakan kekreatifan kita yang akan menentukan bagus ataupun tidak jurnal kita. Pencarian ini mengambil masa selama dua minggu agar saya dapat membuat pemilihan artikel jurnal yang sesuai dan menarik.

Setelah mendapat beberapa artikel yang saya rasakan ringkas dan menarik, saya mula membuat perbandingan dan akhirnya saya telah memilih artikel artikel yang bertajuk Tahap Kreativiti Guru Sains Dan Amalannya Dalam Pengajaran oleh Hamsiah Binti Saee. Saya rasakan perkara yang di bincangkan itu menarik perhatian saya dan saya perlu menengengahkan isu yang dibincangkan ini kepada pihak yang terlibat agar tahap kreativiti guru-guru dapat di pertingkatkan tidak terhad kepada guru sains sahaja.

TUGAS UTAMA

Seterusnya saya mula membaca artikel secara keseluruhan, dengan cara ini saya dapat memahami isi kandungan secara terperinci. Memahami artikel secara keseluruhan dan mengenal pasti isi-isi penting agar memudahkan saya membina penyusunan grafik yang sesuai.

Apa yang saya lakukan semasa membaca dan memahami kandungan artikel adalah saya memerhatikan apakah isi penting yang ingin di sampaikan oleh penulis. Dengan menngunakan alat berfikir aims, goals, and objective(AGO) Seterusnya saya menggariskan apakah isi utama menggunakan pensil dan highlight. Ini adalah untuk memudahkan saya merujuk semula isi-isi penting dan membuat rumusan tentang artikel tersebut.

Penyusunan grafik yang saya gunakan adalah di perkenalkan oleh Edward De Bono iaitu 6 topi berfikir yang terdiri daripada topi hijau, merah, biru, kuning, putih dan hitamAlat berfikir 6 topi berfikir ini adalah meliputi semua aspek seperti kekutan , manfaat, waspada, risiko, fakta, maklumat, metakognisi, kognisi, perasaan, emosi, kreativiti dan idea baru. Apabila saya menggunakan alat berfikir ini saya dapat mengelaskan perkara-perkara tersebut mengikut topi-topi berikut.

MENULIS RINGKASAN ARTIKEL

Bagi menyelesaikan tugasan, saya mengambil isi-isi penting dengan memecahkan isi kepada bahagian- bahagian kecil. Dengan cara ini memudahkan saya mengambil isi-isi yang penting sahaja.Alat berfikir yang saya gunakan ialah consider all factor(CAF).Oleh itu, saya menggariskan isi penting menggunakan pensil dan highlight. Ini adalah penting agar saya betul-betul memahami artikel tersebut

Setelah isi-isi penting di perolehi, saya mula menulis ringkasan tersebut mengikut kefahaman saya sendiri. Ini adalah untuk memudahkan saya memahami artikel tersebut dengan cepat.Pada peringkat ini saya menggunakan topi berfikir berwarna putih dan hijau .

REFLEKSI METAKOGNISI

1) Untuk membuat refleksi metakognisi, saya menggunakan topi berfikir berwarna biru iaitu berfikir apa yang telah saya fikir dan melakukan refleks kembali urutan peristiwa sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

2) Mendapat arahan supaya mencari artikel jurnal yang berkaitan dengan kemahiran berfifkir

3) Berbincang dengan rakan apa yang perlu di lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut

4) Mula mencari beberapa artikel di bilik melalui pelbagai enjin pencarian

5) Membanding beza antara artikel untuk membuat pilihan yang tepat

6) Mula membaca dan memahami artikel tersebut supaya memudahkan saya membuat kesimpulan.

7) Menggunakan penyusunan grafik sebagai bantuan ketika dalam proses menguasai kandungan artikel tersebut.

8) Mula menulis ringkasan artikel menggunakan perkataan dan pemahaman sendiri

9) Merefleksi proses berfikir yang telah di lalui sepanjang menyiapkan tugasan ini

KESIMPULAN

Pada pandangan saya, proses berfikir yang telah saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini adalah satu kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ia melibatkan dua kemahiran berfikir iaitu pemikiran kreatif kebolehan membanding beza, menganalisis, menilai dan pemikiran kritis kebolehan menjana idea, membuat gambaran mental. Sebagai kesimpulan, proses berfikir telah membolehkan saya berfikir mengikut selok belok pemikiran yang betul (knowledgeable thinkers) bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan.



sumber di petik daripada:


http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/ham2004.pdf





No comments:

Post a Comment