Saturday, November 26, 2011

sambungan multimedia in education ~ 21 november 2011

           bismillahirahmanirahim ........

dan

Assalamualaikum....

hari ini sudah 21 november...cepatnya masa berlalu....tinggal lagi 5 minggu untuk proses belajar dan siapkan assignment...seminggu untuk study week...maknanya lagi 4 minggu je nak siapkan semua kerja2 yang di beri pensyarah...seminggu dua ni saya sangat sibuk untuk menyiapkan semua assignment dan tesis...semoga diberi kesihatan selalu untuk menyiapkan semua tugasan dalam masa yang diberi....insyaAllah...


minggu ini kami meneruskan pembelajaran minggu lepas....ianya adalah mengenai software mengedit gambar 2D dan juga mengenai Desktop Publishing Software...hari ini kami belajar tentang Open Office, GIMP, Microsoft Word Publisher dan Microsoft Word iaitu bagaimana untuk membuat brochure..

fungsi open office kebanyakannya adalah sama dengan microsoft office, walaubagaimanapun fungsi microsoft word lebih banyak berbanding open office..open office boleh di download secara percuma di laman web open office.. sementara microsoft office perlu dibayar...selain itu juga saiz open office jauh lebih kecil berbanding microsoft office iaitu kira-kira 150 MB...

sementara GIMP ialah seakan-akan Photoshop...untuk menggunakan software tersebut kita perlu mendownloadnya terlebih dahulu di sini secara percuma..kita boleh mengubah gambar samada untuk ubah warna, edit, tukar size dia, dan macam2 lagi..kita juga boleh buat bentuk animasi samada GIF atau MPEG....

sekian sahaja untuk minggu ini...selamat menyambut tahun baru hijrah...1433H 
=)



Sunday, November 13, 2011

MINGGU 8 14/11/2011~ Multimedia in Education

Bismillahirrahmanirrahim....

Bersua lagi kita selepas seminggu bercuti hari raya aidil adha dan cuti pertengahan semester...refleksi untuk minggu ini....kembali ke UKM dengan semangat dan impian yang baru....

Pada minggu ini kami diajar untuk membuat power point, paint (melukis), dan melukis di google sketch..untuk membuat power point bagi saya tiada masalah. Bukanlah kerana riak tetapi ini adalah kerana semua subjek di UKM kebanyakannya meWAJIBkan kami menyediakan power point untuk pembentangan...sedikit sebanyak sudah terbiasa dengannya...

Kami diajar bagaimana untuk membezakan antara gambar BITMAP dan VECTOR secara keseluruhan...
Kualiti gambar vector lebih cantik daripada bitmap..

ini adalah contoh perbezaan gmbar antara keduanya :::



 nampak tak perbezaan dia? vector lebih jelaskan? bitmap agak kabur...

Selepas mengenali gambar kami perlu melukis gambar samada JPEG, WMF, BMP dan sebagainya di Microsoft Paint.. caranya sangat mudah anda perlu ke menu ALL PROGRAM >< ACCESORIES >< PAINT..Seterusnya kami diajar melukis di google sketch...cara melukisnya adalah hampir sama sahaja....




manakala ini pula menggunakan shape powerpoint



sekian sahaja untuk minggu ini..Terima Kasih.